Kampung
Telaga Air merupakan sebuah perkampungan Melayu yang terletak di Jalan
Temenggong. Kampung ini mula diterokai pada tahun 1979, menjadikannya telah
wujud sejak 35 tahun yang lalu. Nama
kampung Telaga Air dikaitkan dengan kewujudan sebuah telaga yang tidak pernah
kering pada masa dahulu. Kampung telaga air dan kampung-kampung sekitarnya yang
terletak di pinggir Bandar berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran
Padawan.
Tapak telaga bersejarah
Kampung
ini terletak di tebingan sungai sibu laut. Jarak antara kampung ini dengan
Bandaraya Kuching adalah kira-kira 35km dan mengambil masa lebih kurang 40
minit untuk sampai ke Pusat Bandaraya. Dengan siapnya esplanade telaga air,
Kampung ini bakal menjadi pusat aktiviti sukan memancing dan maritim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan